Islamic Widget

Friday, December 30, 2011

penenang jiwa....

Assalamualaikum...rase lama x update dah..maaf lah sbb saya terlalu sibuk lebih2 lagi akhir semester bersedia untuk menghadapi final exam yang bakal menjelma pada 1 haribulan ini...terasa best lah plak smbut New year 2012 ni dalam dewan exam.....

sebenarnya dalam keadaan sibuk ini tiba-tiba teringat pulak ternakan ikan di kampung....mesti best ye dapat uruskan semua seperti cuti 4 bulan yang lepas...biar badan penat tapi terasa berbaloi sangat.

sebenarnya sya suka untuk uruskan semua haiwan tersebut ada sebabnya.mungkin ade kita penah dengar orang cakap cara menghilankan strees dengan mendekatkan diri kita pada flora n fauna. oleh sebab itu lah saya suka uruskan smu haiwan di rumah.bayangkan sepanjang satu semester di universiti berhempas pulas dengan asigment,quiz,kelas n exam.sepanjangg 2 lah badan kita penat n tampung stress yang teramat sangat.sbb tu ble saya balik kampung dan melihat telata semua haiwan seperti ikan badan ni terasa tenang sangat dan terasa segala tekanan yang tersimpan dalam diri  dapat di lepaskan keluar....so boleh lah di kira sebagai terapi jugak lah lebih kurang kot....

so lagi lame tegok makin lapang diri ni.....selain tu dapat gak makan ikan 2 ble terasa nak makan keli or tilapia kan kre 2 in 1 lah ni kan...hehehe.....

ok lah smpai sni je lah.....nak smbung study blik....=D

Monday, September 19, 2011

warga baru...

assalamualaikum......dapat gak nak up date blog ni.kali ni aku nak cte ah ckit sal warga baru yang tak berapae baru gak lah datang.huhu bkan lah dapat adik baru ke pe tapi warga baru yang datang ke reban belakang umah aku...iaitu ITIK TELUR.

pada mula ye x rancang pun nak bele itik ni. tp pada satu petang de lah seowrng indon offer untuk beli itik telur yang dah besar gan harga murah sekor rm7. Itik-itik 2 die dapat daripada seowrng penternak yang nak benti dah ternak itik sebab die pun dah x jge sngt dah.jd aku gan ayah aku pun pakat gan abah untuk beli 10 ekor untuk saje2 je wat main-main.sekurang-kurang ye telur ye leh wat makan.

setelah menempah itik ye maka bertungkus lumus lah aku gan adik aku ijat untuk wat kandang untuk itik2 tersebut...ni de lah ckit gambar2 yang aku ambik ari 2....


ni lah kandang yang baru d buat 2...ciap dalam mase 2 hari...







pintu masuk ke dalam kandang...SELAMAT DATANG...hehe..=)







ni kolam yang di ciapkan dalam mase sejam lebih je...just gali dalam 1 kaki,mampatkan,terus alas gne tikar getah...huhu...simple tp berkesan...






haa....ni lah iti2 2...smu sekali genap 10 ekor.....k lah smpai sini je...nanti aku update lg.....

Sunday, September 18, 2011

meh try....

1) Pergi ke Google, dan taip 'Graviti Google'.

2) Klik pada hasil yang pertama muncul iaitu Graviti Google.

3) Tunggu 2 saat. Sesuatu yang best akan berlaku!


4) Main dengannya untuk seketika.

5) Kemudian tulis apa-apa perkataan dalam bar carian Google dan tekan Enter.

6) Tunggu dan lihat. Sesuatu yang lebih best akan berlaku. Awesome!!


ni pun aku dpt daripada blog ni.. http://www.orenskool.blogspot.com/

Sunday, July 24, 2011

masuk benih lagi....

akhir ye smpat lg untuk aku update blog lagi skali....kali ni aku nak cter sal ambik menambah benih lagi...pada jumaat yang lepas pada 22/7/2011 aku telah berbincang gan adik aku untuk menambah benih puyuh yang baru.ni di sebabkan setelah mengira benih yang ari 2 mngkin akan ckup umur pada awal puase jadi untuk memperolehi puyuh pada dekat2 nak raya maka aku telah pun membeli benih puyuh yang baru sebanyak 300 ekor.harap benih kali ni pun akan terus menjadi...Amin.....

ni aku de lah letakkan ckit gmbar yang aku ambik ari 2....

ni tempat mane anak2 benih yang baru bakal di letakkan.lampu mesti di pasang terlebih dulu sekurang-kurang ye 1 jam sebelum masuk biar suhu yang di perolehi sesuai untuk anak benih.








 anak2 benih di lepaskan di tempat ye....







Anak puyuh yang dah di lepaskan...wah gah seronok.....=)


NI gambar burun puyuh yang ari 2 beli...kire 2nd lah ni dah umur 2 mnggu dah..
 ok lah sampai sni je lah.arap burung2 puyuh ye dapat membesar.mnx2 smu 700 jadi besar dan sihat....k salam...

Saturday, July 23, 2011

puyuh baru..

Alhamdullilah...sbb semua puyuh habis di jual.....di sebabkan permintaan yang tinggi akhir ye aku pun membuat perancangan untuk membawa masuk benih puyuh yang baru...dengan sokongan keluarga dan berbekalkan modal yang ada pada 11/7/2011. akhirnya aku telah pun membeli benih puyuh yang baru sebanyak 400 ekor.aku tempatkan semua puyuh2 2 kat tmpat peram cndawan 2 je....ni de lah ckit gambar2 ye yang aku ambik 2.....


ni adik aku.kat depan benih2 burung puyuh yang baru di ambik..








ni lah benih-benih 2 yang baru berumur 10 hari.umur macam ni senang di jage dan kadar krmatian yang rendah..









tempat puyuh2 ye sedia untuk di letak...= )








anak2 puyuh yang baru di letak.....






ok lah smpai sni jelah...harap2 smu ye dapat besar..dan boleh di sembelih pada awal puase ni.....k salam....=)

sudah besaq....

Akhir ye smpt pun nak update blog....kali ni aku just nak tnjuk gmbar2 je puyuh yang dah besar...



burung gah makan








 ni sekor puyuh yang dah ckup umur..sedia untuk di sembelih.berat dah cecah 300g...


ni pulak reban untuk puyuh2 yang sakit...kira hospital dieowrng lah...= )








ni lah puyuh yang sakit 2...cian die....








ini merupakan puyuh yang di sembelih.kat umah dapat makan 10 eor je yang lain semua owrng dah beli......





ok lah smpai sini jelah lain kali aku cter2 lagi yup.....

Sunday, July 3, 2011

beli benih baru...

baru2 ni dalam 2 mnggu yang lepas lah aku merancang untuk membeli benih ikan keli yang baru , setelah ikan keli yang dalam kolam kanves telah pun tinggal ckit dan d pindahkan ke dalam kolah dalam bilik air...Alhamdullilah kerana segalanya telah pun berjalan dengan lancar dan ini merupakan trip ke 5 bagi kolam ikan keli aku.sedar tak sedar dah dekat setahun jugak ru penye aku berkecimpung dalam ternakan ikan keli ni.ni de lah beberapa gambar yang aku ambik ari 2...


ni lah tempat mane benih2 ikan keli yang berbagai saiz di letakkan.







ni tempat mane ikan keli di timbang dan di masukkan ke dalam pelastik...







ni benih-benih ikan keli semasa dalam perjalanan pulang.semu sekali dekat 5 bungkus bagi 1000 ekor.







ni benih-benih ikan keli di biarkan di dalam pelastik di biarkan terapung dalam kolam selam sejam ke 2 jam bagi menghilankan pening benih semasa perjalan secara tak langsung dapat mengurangkan kadar kematian benih.....= )





ok lah sampai sini saje lah...jumpe lagi akan datang...

Friday, July 1, 2011

puyuh.....=)

puyuh....sape x kenal pada puyuh...lebih2 lagi puyuh goreng tepung...wah sedap ye.lapo lah plak rase ye....hehe..terlebih plak....oleh sebab teringat je pada ;puyuh goreng tersebut aku telah merancang untuk membela puyuh.setelah seminggu lebih membuat kajian tentang membela puyuh serta nasihat daripada pakcik aku sndiri yang penah membela puyuh.akhirnya aku mengambil tindakan nekad untuk membeli anak puyuh dengan bermodalkan duit hasil daripada jual kebab di hostel dan sumbangan adik beradik...

tanggal 3/6/2011 akhirnya aku telah pun membeli  anak burung puyuh sebanyak 100 ekor...mula2 peh mmg semangat btol ble anak puyuh ye di letakkan di dalam sangkar die berlari dalam sngkar.... ni de ckit gmbr aku ambik ari 2..



ni puyuh yg di masuk dalam kotak biar senang nak bwk






ni plak anak2 puyuh yang dah di masukkan...kecik gila.....ni yang 8 hari punya...klau baru lahir x tau lah kecik mane....tp smu ye nmpk comel je = )










gmbr x bnyk sngt lah time 2 ambik ye ckit2 je, sbb dah nak smbhyg jumaat.ok lah nanti aku tunjuk lak puyuh ye yg besar....

Thursday, April 21, 2011

jangan berhenti berdoa.......

Setiap seorang dari kita mempunyai hajat dan cita-cita. Bagi seorang pelajar, hajatnya tentulah untuk berjaya di dalam pelajarannya. Bagi seorang ibu atau bapa, tentulah ingin melihat anak-anaknya cemerlang di dalam peperiksaan dan seterusnya bila besar nanti akan mendapat pekerjaan yang baik-baik. Begitu juga seorang guru atau pemimpin sekolah, tentu saja mengimpikan kejayaan murid-muridnya atau sekolahnya dalam setiap bidang yang disertai.
 
Oleh itu, sentiasalah kita berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita. Sebagai hamba Allah yang lemah, kita jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Saya nak kongsikan satu cerita benar yang saya petik dari satu website bertajuk ”Kisah Si Penjual Tempe”. Lihatlah, betapa kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang yang terbaik untuk diri kita. Jangan menyalahkanNya jika kita tidak dapat apa yang dipinta.
Tahukah bagaimana tempe dibuat?

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa,
“Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin”
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
“Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.
“Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”
Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
“Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,
“Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
“Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?”
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Saturday, April 16, 2011

dulu hobi sekarang mesin duit......

haha.....tegok tajuk pun mcm x logik je kan.tp 2 lah yang terjadi zaman sekarang. setiap owrng pasti akan mempunyai hobi,dan bila di tanya pada owrng ramai pasti terdapat bertimbun hobi yang akan kita perolehi.tidak kiralah dari sekecil-kecil hobi dengan menternak binatang peliharaan seperti arnab,kucin mahupun ikan hingga lah sebesar-besar hobi dengan melukis,menyimpan barang-barang antik dan sebagainya.yang pasti setiap orang pasti mempunyai hobi tersendiri...

sedar kah kita atau tidak bahawa hobi-hobi tersebut boleh memberikan duit sampingan kepada kita.kenapa saya cakap macam 2 ye.okey yang pertama dalam dunia ini ada pelbagai jenis manusia dan setiap tuhan jadikan dengan pelbagai minat,kelebihan dan juga kekurangan.ya Allah betapa besarnya kekuasaan mu...kita boleh lihat contohnya dari segi lukisan ada orang yang minat akan seni lukisan tapi belum pasti beliau boleh melukis.di situ adanya kelebihan di mana seseowrng yang mempunyai minat dan hobi melukis boleh mejual hasil lukisan yang kita hasilkan...mana tau kita rasa lukisan kita hanya biasa boleh mencecah harga harga ribuaan ringgit...mana tau kan....

satu lagi kelebihan mendapatkan duit dengan hobi kita adalah setiap yang kita lakukan adalah dengan minat yang mendalam.dan dari situ kita sesorang akan melakukan dengan bersungguh-sungguh biar penat macam mana pun....

malahan bila dikaji tentang ini kita dapat lihat hingga ada yang sanggup berhenti kerje semata-mata menjadi hobi mereka sebagai sumber pendapatan tetap mereka. sebab apa ye jd smpai mcm 2??sudah pasti lah hasil daripada hobi mereka melebihi daripada gaji pekerjaan mereka.kalau x percaya ciba lihat keratan akhbar dalam utusan malaysia pada 4/3/2011 seperti di bawah :

Dari hobi jadi sumber pendapatan


Tahap kesihatan arnab yang diternak sentiasa diperiksa bagi mengelak jangkitan penyakit.


KOTA BHARU 3 Mac – Segala-galanya bermula dua tahun lalu bagi Mejar (B) Zaidi Ab. Halim, 39, setelah beliau membuat keputusan untuk bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menyedari beliau perlu melakukan sesuatu untuk menanggung keluarga, Zaidi mula mencari idea bekerja sendiri terutama melakukan sesuatu yang menjadi minatnya.
Beliau tidak perlu berfikir panjang apabila mendapati hobinya selama ini membela arnab boleh dikomersialkan dan membawa pulangan lumayan jika kena pada caranya.
Justeru jtu, berbekalkan modal RM10,000, Zaidi memulakan langkah awal dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada Persatuan Penternak Arnab di Kuala Selangor, Selangor.
Akhirnya, tarikh 15 Januari 2010 mencatatkan sejarah peribadi bapa kepada empat anak perempuan itu apabila ladang ternakan arnab dibina di depan rumahnya di Kampung Kemubu di sini.
Lebih membanggakan, Zaidi kini merupakan satu-satunya penternak arnab untuk dikomersialkan di Kelantan.
Bermula dengan hanya 40 ekor arnab, bekas pegawai tentera itu kini boleh berpuas hati dengan usahanya apabila kini menternak lebih 500 ekor arnab untuk dijual kepada pelanggan.
“Dulu masa saya bekerja memang bela arnab menjadi hobi saya. Sekurang-kurangnya saya ada empat atau lima ekor arnab tidak kira di negeri mana saya bekerja.
“Bila bersara awal dari ATM saya buat keputusan untuk menjadikan hobi ini sebagai sumber pendapatan dengan modal yang ada ketika itu,” katanya ketika ditemui di ladang ternakannya yang terletak berhampiran Rumah Pam Kemubu di sini baru-baru ini.
Selepas memulakan ladang ternak itu, Zaidi kini mempunyai seorang rakan baik, Rosaliamin Abd. Razak, 32, yang turut menceburkan diri dalam bidang yang sama.
Zaidi yang bersara pada 31 Ogos 2009 berkata, pada mulanya beliau bercadang menternak lembu dan kambing, namun tidak meneruskannya memandangkan bau najis haiwan itu boleh mengganggu memandangkan tapak ladang terletak di depan rumahnya.
Katanya, sehingga kini beliau memiliki hampir 500 ekor arnab di dua kandang dari baka cincila, hotort, dwaft, New Zealand white dan lion head.
Dengan harga setiap seekor arnab antara RM80 hingga RM120 bergantung kepada jenis dan saiznya, Zaidi kini mula menuai hasil apabila pernah menjual sehingga kira-kira 100 ekor arnab dalam sebulan.
Beliau bagaimanapun masih belum dapat menjual daging haiwan tersebut yang sudah disembelih memandangkan ia memerlukan modal tambahan selain jumlah arnab yang ada tidak mencukupi.
“Menternak arnab memang sesuatu yang boleh dijadikan perniagaan kerana dalam tempoh empat bulan sahaja ia sudah boleh dijual dengan harga serendah RM80 ekor bagi induk yang berumur kira-kira dua bulan.
“Bagi yang berumur empat bulan ke atas ia dijual dengan harga RM150 seekor dan harga ini memang murah kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain,” jelasnya.
Menurut beliau, menternak arnab tidak terlalu sukar cuma perkara yang perlu diutamakan adalah kebersihan sangkar untuk mengelakkan haiwan itu dijangkiti penyakit.
Katanya, setiap tiga hari sekali beliau akan membersih dan mengutip najis haiwan tersebut dan ia bukan soal kebersihan semata-mata kerana najis tersebut turut boleh dijual sebagai baja.
“Ada pengusaha ladang di Bachok yang akan datang setiap bulan untuk membeli najis haiwan ini dan saya jual dengan harga hanya RM3 seguni,” ujarnya.
Zaidi amat berharap perusahaannya itu dapat ditingkatkan agar suatu hari nanti beliau mampu menjual daging segar arnab kerana permintaan memang ada terutama di kalangan penjual sate daging arnab.
“Jual daging memang untung sebab harganya RM30 sekilogram tetapi sekurang-kurangnya sehari kena ada 500 ekor arnab yang boleh disembelih.
“Sebab itu sekarang saya ada rakan-rakan yang turut menternak haiwan ini agar kami mempunyai jumlah yang cukup itu satu hari nanti.
‘‘Saya akan membuat permohonan dengan Jabatan Pertanian untuk mendapatkan bantuan,” jelasnya.
Kepada sesiapa yang mahu membeli arnab boleh menghubungi Zaidi di talian 013-2497878 dan Rosaliamin 016-9377586.

jadi sama-sama lah kita fikirkan satu pepatah mengatakan "pelbagai rezeki telah Allah turunkan di muka bumi ini, hanya kita sajalah yang menentukan sama ada mahu mencarinya ataupun tidak" dan "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi mana ia tidak mengubah nasib mereka sendiri". jadi kita renung-renugkan lah dan selamat beramal......salam....= )

Friday, April 15, 2011

Lonjakan harga emas




LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

sumber : KOSMO 14 APRIL 2011
HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan 
 
jadi kenapa nak di pikir2 kan lagi....kerana "masa adalah emas,dan masa dan harga emas tidak sesekali akan menunggu kita" jd pikir2 kan lah.....

Monday, April 11, 2011

tension....

jidup smakin lame smakin tension je rase......aku x tau lah nape...semakin ari se makin berat je rase ye kepala ni....mngkin satu ari leh boom..!!!! meletup je rase kepala ni......nasib baik lah aku ni bkn robot x leh meletop kan....tp kenapa aku sebagai manusia di arah kan seperti robot...ermmmm...tah lah mngkin nj kot hakikat berurusan gan manusia....

aku tau aku ni cme manusia biase ,yg x lepas dari wat silap even dah berkali2.....tp kenapa even silap yg kecil pun nak di besar2 kan, sampai pada pergaduhan besar...aku btol2 x fhm ah.....i' not perfect......kenapa manusia selalu suruh orang lain terima kekurangan diri die tp die x penah nak terima kekurangan orang lain ....arghhh!!!!.....mngkin ni sebab berurusan gan manusia..

mngkin ke sbb aku ni lelaki kene sntiase beralah...kadang2 aku pikir kenapa aku kene mcm ni...hidup segalanya di kawal..x leh wat 2 n ni....namun hidup die sntse bebas  n wat ape yg dilarang kepada ku...urmmm tah lah...perlu ke aku lakukan benda yg sama pada dirinya agar nmpk n rase sndiri ape yg dah di buat......

mesti korang pelik kan...ape aku tulis ni..hehe ni sje je luahan aty...nak lepaskan tension...tp bak kate owrng lain "sabo.. je lah" hehe...k ah....salam

Sunday, April 10, 2011

menyimpan emas

baru2 ni kat surat khabar menyatakan seruan daripada bekas perdana menteri malaysia iaitu Dr. Mahatir telah menyeru rakyat malaysia untuk menyipan emas dan ini antara petikan dalam surat khabar berikut :

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.


MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan
 
jadi kita dapat lihat bertapa untung dan besarnya kesan emas kan.....jd bayangkan lah emas dan nilai dollar adalah berkadar songsang....bayangkan tiba2 Amerika mengalami kemelesetan...kita dapat lihat di mana tingginya kaddar kenaikan emas ketika itu.....jadi apa lagi kita pikir2 kan bertindak sebelum terlambat....kerana manusia sering kata masa  tidak menunggu kita....begi 2 juga emas harga emas meningkat tanpa menunggu owrng...maka klau hendak bermula masih blum terlmbt kerana harga emas akan sentiasa meningkat dan demi meningkat....
 
jika masih ragu2 bacalah di web http://jom-emas.blogspot.com/ maka marilah kita renung2 kan lah........dan terus mengamalkan nya.......

bila ada peluang,akan timbul 3 ragam manusia...
pertama manusia yang x mahu pikir langsung dan takut untuk berubah....
kedua, manusia yang nak berubah tp sentiasa berpikir2 dan x ambik takut ambil tindakan...
dan terakhir manusia yang ingin berubah, berpikir dan terus mengambil tindakan....

jadi pikir2 lah kerna smu nya di tngan kita sendiri....
ok lah renung2 kan lah eh....salam

Saturday, April 9, 2011

rahsia kejayaan Irfan Khairi

1: Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda

Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi

Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: Cermin kan diri sendiri

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.



6: Tetapkan deadline

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: Ilmu tambahan

Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.


9: Perancangan

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran

“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri…

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesimpulan

Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!

***************
di petik dri web: http://emkeyandkey.blogspot.com/2011/02/11-tips-formula-kejayaan-by-irfan.html

Tuesday, March 29, 2011

cinta....

Cinta...
cinta ibarat cuaca..
kadang2 ia cerah & kadang2 ia mendung..

kata orang cinta yang sejati tersangat indah
kerna ianya penuh dengan kesetiaan kepada peneman hidupnya
tapi malangnya kesetiaan kepada cinta belum tentu dibalas dengan penghargaan...
kadang kala tuduhan fitnah dan curang tetap ada dalam perhubungaan

cinta itu tersangat indah..
hingga orang yang melalui cinta akan sentiasa merasa bahgia
namun kita selalu lupa..
yang cinta juga boleh mengubah hidup manusia menjadi kejam dan hilang pedoman...

manusia selalu meminta pasangan cinta menerima segala kekurangan dari dirinya
namun kenapa manusia yang meminta lupa untuk menerima kekurangan daripada orang yang dipinta...


Adakah cinta ini kejam??
Adakah cinta ini membahagiakan.????
ada mengatakan cinta ini menjadikan diri manusia menjadi kejam
kerna ianya mnyebabkan perasaan kita di siksa
dan ada mengatakan ia membahagiakan,
kerna seseorang akan sentisa tersenyum apabila bercinta...
bagi diri ku cinta ini boleh menjadikan manusia kejam dan baik dalam satu2 masa...
tah lah.....
sememangnya cinta sesuatu yang rumit untuk di huraikan...

:- huhu...saje merepek tak tau nak tulis pe......

Thursday, March 24, 2011

emas,ASB, atau simapn je....

baru2 ni dapat tngok ramai sngat mmber2 sbuk wat pelaburan.ade simpan kat ASB, n ade gak wat pelaburan je n baru2 ni ade plak yg menambah nilai harta dengan membeli emas...hrmmmm....... agak2 ye mane satu yg bagi pulangan bagi bnyak eh.????

bila aku g tnye mmber2 n wat kajian nmpaknya semuanya ade baik buruknya.....meh kete tngok satu persatu first ASB....aku tngok mmg bnyak baik ye. iye lah dah comfrm2 kadar kerugian adalah 0. lagi satu kte x yah lah nak sebok2 tgk aliran saham tiap hari sbb ble smapi tarikh pengumuman.kte dah leh tau jmlah die n kte trus keluarkan je nilai dividen kte untuk belanje.tp kurang ye kadar dividen sangat2 lah rendah..

kedua, simpanan lak, kte kerje rajin2..tiap2 bln mmg kita ttp wat simpana dalam bank rm200. cukup 10 tahun kerje dapat lah rm 24,000. wow...banyak ye....kaye2....tp betul ke kaya....korang penah degar x owrng tua2 citer dlu gan 50 sen ciap leh bli nasik lemak sebungkus,air minum & kuih 2 ketu....agak2 sebab pe yek....dapat jawapan x..??? meh sni aku jawab, senang je sebab nye nilai wang kite smakin kecik....skaran kalu nak mkan mcm 2 paling koman mau dkt RM3, 4 rnggit gak kan.....2 lah kurangnya nilai mata wang kita sentiasa berubah-ubah...jd mngkin nilai RM 24,000 10 thun akan cme macam RM10,000 atau mngkin kurang lagi......

ketiga adalah dengan membeli emas...emas merupakan aset yg sentiasa meningkat je kan...x kira lah perang ke atau inflasi...harga emas tetap naik sbb emas merupakan produk anti-inflasi....selain itu emas juga nilainya semakin meningkat...kalau x cya pada zaman dulu dengan 1 dinar kte boleh membeli seekor kambing dan pada zaman sekarang dengan 1 dinar kita tetap boleh membeli kmbing juga......

ni de kira2 yg mmber aku wat meh kita renung2 kan.....



jadi kesimpulannya...x kira lah ape jua pelaburan yg kita buat...kalau dirancng gan penuh teliti pasti akan membuah kan hasil juga akhirnya.....k lah smpai sni je ah ..k salam

Monday, March 21, 2011

kerje......

lame rasenya x menulis kat blog ni.....akhirnya dapat gak menulis...setelah slme smnggu terasa penat yang teramat sngt......................


akhirnya dapat gak ari ni untuk aku rehat sepuasnya setelah lama bekerja......dalam mase 4 ari yang lpas rase nak tercabut kaki pun ade rasenya.....owh lupe nak bagi tau....start ari khamis ari 2aku strt wat part time kerje kat dalam univ. inn,hotel kat dalam uum ni.....sebagai pelayan je ah...mle2 nak start keje ingatkan just layan2 owrng makan je...rupe2 dari pada akat hidang..layan dieowrng mkn...hingga lah smpai basuh pinggan.....peh mmg penat sngat rase......kadang waktu kerje smpai lbh 12 jam pun de.....peh penatnya x leh ckap ah....biase mmg blik mau dkt kul 11 mlam gak.......

2 satu....pas 2  nak tunjuk pnye lah gle....ble je sampai blik aku akan rehat jap pas 2 akan meronda keliling blok laki. jerit "Kebab....kebab....Kebab ayam, kebab daging..!!!!" untuk menjual kebab dri blik ke blik.....bertmbah2 pnt lah jwbnya...... tp alhamdiulillah kebab yang di jual habis...maka ilang lah juga rase pnat sbb duit masyuk......

agak2 nya mmg macam ni agaknya mak abah aku pnya  pntnya bekerje untuk crik duit nak besarkan anak2 die ni......thanks abah mak........

k lah smpai sni jelah........k salam.....

Sunday, March 13, 2011

mari mengurus badan.....= )

Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, aku rasa artikel ni sangat berguna untuk kalian... Baca dan cuba amalkan... Good luck ye! :)


1. JANGAN BERLAPARMakanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKANMinumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARIAir mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGASMinuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAMPengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. AMBIL SARAPAN PAGIAnda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHANNikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECILKunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAHSesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARISimpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.


22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24. PENGGUNAAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-

- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa
tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.



PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSINGBerat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


29. Nak Turunkan Berat BadanSelepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


30. Badan Langsing Selepas BersalinUntuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:-

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina )
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


31. Mengurangkan BuncitBagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


32. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


33. Kempiskan Perut AndaNak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Friday, March 4, 2011

stress......

Alhamdullilah....telah lme x menulis di blog ni pun, akhirnya ade juga kesempatan untuk menulis juga. sebenarnya aku akhir2 ni terlampau sibuk  pelbagai masalh telah berlaku...n serius aku sngat2 tension gan semua ni....setiap hari akan pasti ada saja kerja yang perlu disiapkan dan juga d hantar....hinggalah apa yang di rancang terpaksa di tangguhkan......mmg owrng cakap masa blajar biasalah stress...nanti dah kerje x de lah....tp bila di lihat orng lain yang telah berkerja  sama saja ttp dengan stressnya yang tersendiri.......hingga ada yang snagup bunuh diri bagi berhadapan stress yang terus datang.......urmm sbnrnaya stress x de lah seteruk mana apabila kita tau nak elak taus selesaikannya......



terdetik seketika dalam bayangan otak terpikir alangkah seronoknya kalau ade kat umah.....dapat juga aku lepak kat blakang umah sambil melihat ikan2 berenang gan bebasnya sambil berebut makan makanan daripada yang d bagi.....alangkah tenangnya hidup macam 2.....mngkin betul ape yang owrng ramai katekan malah ahli2 motivasi turut bercakap, yanag mane salah satu cara untuk mengurangkan tekanan atau stress adalah dengan kita medekatkan diri kita sendiri pada alam semesta seperrti melihat alam semula jadi yang penuh keajaipan yang di cipta oleh Allah yang maha esa.....sebabnya dah terbukti dengan melihat telatah ikan itu sndiri diriku mula berasa tenang.......




selain itu juga,salah cara lain bagi aku untuk ilangkan kan stress ade lah dengan makan.....percaya atau x yang dalam makan itu sendiri ade nya zat2 yang boleh ialankan stress...x cye cbe korang tengok ni senarai2 makanan yang aku ckapkan 2:

1. Ayam bakar dan daging

Ia memberikan protein yang baik pada tubuh badan. Ia menghasilkan doparnin dan norepinefrin iaitu sebatian kimia semula jdi di dlm otak untuk mengekelkan kewarasan anda.

2. Kacang badam

Mempunyai khasiat antistres yang luar biasa. Lengkap dengan vitamin B2, vitamin E, magnesium di dlmnya membantu menenangkan dan mengembalikan emosi yg baik. Ia juga menghalang radikal bebas dan serangan jantung. Makan segenggam badam setiap hari untuk kesihatan anda.

3. Bertih jagung

Makan bertih jagung (sumber karbohidrat) untuk membantu mengeluarkan serotin iaitu sebatian kimia di dlm otak yang akan membuat kita berasa lebih tenang sehingga ia membuatkan anda lebih relax.

4. Sushi

Sesiapa pengemar sushi ini ada berita baik. makan sushi mempunyai khasiat pada tubuh badan kita. iaitu Asid pantothenic penting bagi kelenjar adrenalin untuk menguruskan stres tubuh.

5. Coklat

Coklat akan membantu anda menenangkan emosi anda. Ia dipenuhi dengan nadamin dan feniletilamin yang membantu kerja saraf dan membuatkan anda lebih tenang kunun dia bilang.

6. Nenas dan buah berri

Anrioksidan yang terkandung dalam sayuran berwarna cerah membantu melawan radikal bebas dlm tubuh. Ini kerana otak akan menyerap lebih banyak oksigen, maka antioksiden akan membantu mengurangkan kerosakan sel otak disebabkan oksidan yg ada.

7. Ikan

Ikan mempunyai Vitamin B lengkap terutama B6 dan B12 yg diketahui boleh mengurangkan stres. Omega 3 dlm ikan membantu menghalang pertumbuhan hormon kortisol yg boleh menyebabkan stres serta peningkatan tekanan darah.

8. Sayuran hijau

semua sedia maklum sayur hijau amat penting untuk tubuh. Selain membekalkan pelbagai vitamin dan tenaga ia juga boleh menurunkan tahap stres anda dan membolehkan anda berfikir dengan tenang. Makan lah salad secara mentah ia baik untuk kesihatan anda.

9. Roti gandum

Roti, nasi putih atau kuih muih boleh mengenyangkan tetapi kita akan merasa mengantuk dan boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. namun gandum kesan nya lain, selain kenyang ia akan mengurangkan stres yg dialami

10. susu

mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan punca stres anda. Minum susu pada waktu pagi dan malam (sebelum waktu tidur).




ok lah disebabkan masa pun x mengizinkan...Akhir kata "setiap masalah yang timbul,pasti ada hikmahnay,oleh itu kita sebagai manusia berusahalah bagi menyelesaikan setiap masalah itu, kerna setiap masalah yang di lalui akan digunakan sebagai pengalaman untuk hidup di masa2 yang mendatang....hehe...ape aku merepek tah ni.....k lah salam............

Friday, February 25, 2011

tilapia oh tilapia....

Alhamdullilah.....setelah sekian lama menunggu benih yang ditempah akhirnya sampai juga.........hati teramat teruja...dalam otak pkir dapat lihat ikan ikan2 tilapia tersebut boleh berenang bebas dalam kolam yang lama menunggu mereka.....sesampai tempat mengambil benih...hati agak kecewa sebab benih yang di tempah x sama seperti apa yang dapat.......sepatutnya benih saiz 3 inc tp ape yang dapat hanya benih tilapia bersaiz 1 inc n kurang pun aku rase ade kot.....dngan hati yg agak kcwa terpaksa ambik jelah.....

Apabila sampai di rumah bngkusan ikan di letak dalam kolam selama 1 jam. kemudian semasa hendak di lepaskan masukkan sikit air dari kolam ke dalam plastik dan lepaskan anak ikan dengan membiarkkan anak ikan tersebut berenang sendiri keluar daripada plastik...teknik ini sangat penting supaya ikan tidak terkejut apabila di lepaskan, secara tak langsng mengurangkan kadar kematiaan. Teknik ini bertujuan menghilangkan pening2 ikan semasa perjalanan dan juga bagi menyamakan suhu air dalam bngkusan dengan air di dalam kolam....

oklah sampai sini jelah......mase proses pelepasan lupe nak ambik gmbar...ni adelah ckit gmbar2 anak ikan tersebut.....enjoy to see.....



 anak2 ikan tengah seronok makan roti yanag d bagi
wah sampai abis rotinya....btol2 lapo ni.....





Thursday, February 17, 2011

projek ku

kali ni aku nak cite beberapa projek yg telah aku laku kan di blakang umah aku....

 alhamdullilah buat mase ni 2 projek telah berjalan iaitu menternak ikan keli dan juga projek penanaman cendawan tiram kelabu.......
projek ikan keli ni  start tahun lpas mene pakcik aku bagi kanves yedie kat aku......alhamdulillah penternakan ikan keli telah pun masuk pada pusingan yg kedua....insyakallah lg sbln lbh sgala ikan2 tersebut boleh di jual.....

projek cendawan gak boleh tahan gak lah.....skrng ni cendawan2 ye dah pun keluarkan hasil.....kate orang besar modal besar pulangan ye....mmg awal2 untuk memulakan projek ni agak skit....tp alhamdullilah ble hasil projek mula mengeluarkan hasil mmg sangat2 berpuas aty......hasil cndawan hanya d jual kat area kg je pun. itu pun x mencukupi.....insyakallah projek ini akan cube d kembangkan dari mase ke semasa.......

ni projek2 blakang umah......














insyakallah satu lg projek akan menyusul dengan menternak ikan tilapia merah plak...skrg ni masih menunggu benih tilapia yg di tempah smpai untuk di letakkan dalam satu lg kolam yg bru d beli......


semoga segala projek yg d jalankan dapat berjalan dengan lancar dan semakin berkembang.....Aminn......