Islamic Widget

Thursday, April 21, 2011

jangan berhenti berdoa.......

Setiap seorang dari kita mempunyai hajat dan cita-cita. Bagi seorang pelajar, hajatnya tentulah untuk berjaya di dalam pelajarannya. Bagi seorang ibu atau bapa, tentulah ingin melihat anak-anaknya cemerlang di dalam peperiksaan dan seterusnya bila besar nanti akan mendapat pekerjaan yang baik-baik. Begitu juga seorang guru atau pemimpin sekolah, tentu saja mengimpikan kejayaan murid-muridnya atau sekolahnya dalam setiap bidang yang disertai.
 
Oleh itu, sentiasalah kita berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita. Sebagai hamba Allah yang lemah, kita jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Saya nak kongsikan satu cerita benar yang saya petik dari satu website bertajuk ”Kisah Si Penjual Tempe”. Lihatlah, betapa kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang yang terbaik untuk diri kita. Jangan menyalahkanNya jika kita tidak dapat apa yang dipinta.
Tahukah bagaimana tempe dibuat?

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa,
“Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin”
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
“Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.
“Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”
Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
“Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,
“Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
“Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?”
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Saturday, April 16, 2011

dulu hobi sekarang mesin duit......

haha.....tegok tajuk pun mcm x logik je kan.tp 2 lah yang terjadi zaman sekarang. setiap owrng pasti akan mempunyai hobi,dan bila di tanya pada owrng ramai pasti terdapat bertimbun hobi yang akan kita perolehi.tidak kiralah dari sekecil-kecil hobi dengan menternak binatang peliharaan seperti arnab,kucin mahupun ikan hingga lah sebesar-besar hobi dengan melukis,menyimpan barang-barang antik dan sebagainya.yang pasti setiap orang pasti mempunyai hobi tersendiri...

sedar kah kita atau tidak bahawa hobi-hobi tersebut boleh memberikan duit sampingan kepada kita.kenapa saya cakap macam 2 ye.okey yang pertama dalam dunia ini ada pelbagai jenis manusia dan setiap tuhan jadikan dengan pelbagai minat,kelebihan dan juga kekurangan.ya Allah betapa besarnya kekuasaan mu...kita boleh lihat contohnya dari segi lukisan ada orang yang minat akan seni lukisan tapi belum pasti beliau boleh melukis.di situ adanya kelebihan di mana seseowrng yang mempunyai minat dan hobi melukis boleh mejual hasil lukisan yang kita hasilkan...mana tau kita rasa lukisan kita hanya biasa boleh mencecah harga harga ribuaan ringgit...mana tau kan....

satu lagi kelebihan mendapatkan duit dengan hobi kita adalah setiap yang kita lakukan adalah dengan minat yang mendalam.dan dari situ kita sesorang akan melakukan dengan bersungguh-sungguh biar penat macam mana pun....

malahan bila dikaji tentang ini kita dapat lihat hingga ada yang sanggup berhenti kerje semata-mata menjadi hobi mereka sebagai sumber pendapatan tetap mereka. sebab apa ye jd smpai mcm 2??sudah pasti lah hasil daripada hobi mereka melebihi daripada gaji pekerjaan mereka.kalau x percaya ciba lihat keratan akhbar dalam utusan malaysia pada 4/3/2011 seperti di bawah :

Dari hobi jadi sumber pendapatan


Tahap kesihatan arnab yang diternak sentiasa diperiksa bagi mengelak jangkitan penyakit.


KOTA BHARU 3 Mac – Segala-galanya bermula dua tahun lalu bagi Mejar (B) Zaidi Ab. Halim, 39, setelah beliau membuat keputusan untuk bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menyedari beliau perlu melakukan sesuatu untuk menanggung keluarga, Zaidi mula mencari idea bekerja sendiri terutama melakukan sesuatu yang menjadi minatnya.
Beliau tidak perlu berfikir panjang apabila mendapati hobinya selama ini membela arnab boleh dikomersialkan dan membawa pulangan lumayan jika kena pada caranya.
Justeru jtu, berbekalkan modal RM10,000, Zaidi memulakan langkah awal dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada Persatuan Penternak Arnab di Kuala Selangor, Selangor.
Akhirnya, tarikh 15 Januari 2010 mencatatkan sejarah peribadi bapa kepada empat anak perempuan itu apabila ladang ternakan arnab dibina di depan rumahnya di Kampung Kemubu di sini.
Lebih membanggakan, Zaidi kini merupakan satu-satunya penternak arnab untuk dikomersialkan di Kelantan.
Bermula dengan hanya 40 ekor arnab, bekas pegawai tentera itu kini boleh berpuas hati dengan usahanya apabila kini menternak lebih 500 ekor arnab untuk dijual kepada pelanggan.
“Dulu masa saya bekerja memang bela arnab menjadi hobi saya. Sekurang-kurangnya saya ada empat atau lima ekor arnab tidak kira di negeri mana saya bekerja.
“Bila bersara awal dari ATM saya buat keputusan untuk menjadikan hobi ini sebagai sumber pendapatan dengan modal yang ada ketika itu,” katanya ketika ditemui di ladang ternakannya yang terletak berhampiran Rumah Pam Kemubu di sini baru-baru ini.
Selepas memulakan ladang ternak itu, Zaidi kini mempunyai seorang rakan baik, Rosaliamin Abd. Razak, 32, yang turut menceburkan diri dalam bidang yang sama.
Zaidi yang bersara pada 31 Ogos 2009 berkata, pada mulanya beliau bercadang menternak lembu dan kambing, namun tidak meneruskannya memandangkan bau najis haiwan itu boleh mengganggu memandangkan tapak ladang terletak di depan rumahnya.
Katanya, sehingga kini beliau memiliki hampir 500 ekor arnab di dua kandang dari baka cincila, hotort, dwaft, New Zealand white dan lion head.
Dengan harga setiap seekor arnab antara RM80 hingga RM120 bergantung kepada jenis dan saiznya, Zaidi kini mula menuai hasil apabila pernah menjual sehingga kira-kira 100 ekor arnab dalam sebulan.
Beliau bagaimanapun masih belum dapat menjual daging haiwan tersebut yang sudah disembelih memandangkan ia memerlukan modal tambahan selain jumlah arnab yang ada tidak mencukupi.
“Menternak arnab memang sesuatu yang boleh dijadikan perniagaan kerana dalam tempoh empat bulan sahaja ia sudah boleh dijual dengan harga serendah RM80 ekor bagi induk yang berumur kira-kira dua bulan.
“Bagi yang berumur empat bulan ke atas ia dijual dengan harga RM150 seekor dan harga ini memang murah kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain,” jelasnya.
Menurut beliau, menternak arnab tidak terlalu sukar cuma perkara yang perlu diutamakan adalah kebersihan sangkar untuk mengelakkan haiwan itu dijangkiti penyakit.
Katanya, setiap tiga hari sekali beliau akan membersih dan mengutip najis haiwan tersebut dan ia bukan soal kebersihan semata-mata kerana najis tersebut turut boleh dijual sebagai baja.
“Ada pengusaha ladang di Bachok yang akan datang setiap bulan untuk membeli najis haiwan ini dan saya jual dengan harga hanya RM3 seguni,” ujarnya.
Zaidi amat berharap perusahaannya itu dapat ditingkatkan agar suatu hari nanti beliau mampu menjual daging segar arnab kerana permintaan memang ada terutama di kalangan penjual sate daging arnab.
“Jual daging memang untung sebab harganya RM30 sekilogram tetapi sekurang-kurangnya sehari kena ada 500 ekor arnab yang boleh disembelih.
“Sebab itu sekarang saya ada rakan-rakan yang turut menternak haiwan ini agar kami mempunyai jumlah yang cukup itu satu hari nanti.
‘‘Saya akan membuat permohonan dengan Jabatan Pertanian untuk mendapatkan bantuan,” jelasnya.
Kepada sesiapa yang mahu membeli arnab boleh menghubungi Zaidi di talian 013-2497878 dan Rosaliamin 016-9377586.

jadi sama-sama lah kita fikirkan satu pepatah mengatakan "pelbagai rezeki telah Allah turunkan di muka bumi ini, hanya kita sajalah yang menentukan sama ada mahu mencarinya ataupun tidak" dan "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi mana ia tidak mengubah nasib mereka sendiri". jadi kita renung-renugkan lah dan selamat beramal......salam....= )

Friday, April 15, 2011

Lonjakan harga emas




LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

sumber : KOSMO 14 APRIL 2011
HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan 
 
jadi kenapa nak di pikir2 kan lagi....kerana "masa adalah emas,dan masa dan harga emas tidak sesekali akan menunggu kita" jd pikir2 kan lah.....

Monday, April 11, 2011

tension....

jidup smakin lame smakin tension je rase......aku x tau lah nape...semakin ari se makin berat je rase ye kepala ni....mngkin satu ari leh boom..!!!! meletup je rase kepala ni......nasib baik lah aku ni bkn robot x leh meletop kan....tp kenapa aku sebagai manusia di arah kan seperti robot...ermmmm...tah lah mngkin nj kot hakikat berurusan gan manusia....

aku tau aku ni cme manusia biase ,yg x lepas dari wat silap even dah berkali2.....tp kenapa even silap yg kecil pun nak di besar2 kan, sampai pada pergaduhan besar...aku btol2 x fhm ah.....i' not perfect......kenapa manusia selalu suruh orang lain terima kekurangan diri die tp die x penah nak terima kekurangan orang lain ....arghhh!!!!.....mngkin ni sebab berurusan gan manusia..

mngkin ke sbb aku ni lelaki kene sntiase beralah...kadang2 aku pikir kenapa aku kene mcm ni...hidup segalanya di kawal..x leh wat 2 n ni....namun hidup die sntse bebas  n wat ape yg dilarang kepada ku...urmmm tah lah...perlu ke aku lakukan benda yg sama pada dirinya agar nmpk n rase sndiri ape yg dah di buat......

mesti korang pelik kan...ape aku tulis ni..hehe ni sje je luahan aty...nak lepaskan tension...tp bak kate owrng lain "sabo.. je lah" hehe...k ah....salam

Sunday, April 10, 2011

menyimpan emas

baru2 ni kat surat khabar menyatakan seruan daripada bekas perdana menteri malaysia iaitu Dr. Mahatir telah menyeru rakyat malaysia untuk menyipan emas dan ini antara petikan dalam surat khabar berikut :

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.


MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan
 
jadi kita dapat lihat bertapa untung dan besarnya kesan emas kan.....jd bayangkan lah emas dan nilai dollar adalah berkadar songsang....bayangkan tiba2 Amerika mengalami kemelesetan...kita dapat lihat di mana tingginya kaddar kenaikan emas ketika itu.....jadi apa lagi kita pikir2 kan bertindak sebelum terlambat....kerana manusia sering kata masa  tidak menunggu kita....begi 2 juga emas harga emas meningkat tanpa menunggu owrng...maka klau hendak bermula masih blum terlmbt kerana harga emas akan sentiasa meningkat dan demi meningkat....
 
jika masih ragu2 bacalah di web http://jom-emas.blogspot.com/ maka marilah kita renung2 kan lah........dan terus mengamalkan nya.......

bila ada peluang,akan timbul 3 ragam manusia...
pertama manusia yang x mahu pikir langsung dan takut untuk berubah....
kedua, manusia yang nak berubah tp sentiasa berpikir2 dan x ambik takut ambil tindakan...
dan terakhir manusia yang ingin berubah, berpikir dan terus mengambil tindakan....

jadi pikir2 lah kerna smu nya di tngan kita sendiri....
ok lah renung2 kan lah eh....salam

Saturday, April 9, 2011

rahsia kejayaan Irfan Khairi

1: Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda

Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi

Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: Cermin kan diri sendiri

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.



6: Tetapkan deadline

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: Ilmu tambahan

Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.


9: Perancangan

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran

“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri…

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesimpulan

Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!

***************
di petik dri web: http://emkeyandkey.blogspot.com/2011/02/11-tips-formula-kejayaan-by-irfan.html