Islamic Widget

Tuesday, March 29, 2011

cinta....

Cinta...
cinta ibarat cuaca..
kadang2 ia cerah & kadang2 ia mendung..

kata orang cinta yang sejati tersangat indah
kerna ianya penuh dengan kesetiaan kepada peneman hidupnya
tapi malangnya kesetiaan kepada cinta belum tentu dibalas dengan penghargaan...
kadang kala tuduhan fitnah dan curang tetap ada dalam perhubungaan

cinta itu tersangat indah..
hingga orang yang melalui cinta akan sentiasa merasa bahgia
namun kita selalu lupa..
yang cinta juga boleh mengubah hidup manusia menjadi kejam dan hilang pedoman...

manusia selalu meminta pasangan cinta menerima segala kekurangan dari dirinya
namun kenapa manusia yang meminta lupa untuk menerima kekurangan daripada orang yang dipinta...


Adakah cinta ini kejam??
Adakah cinta ini membahagiakan.????
ada mengatakan cinta ini menjadikan diri manusia menjadi kejam
kerna ianya mnyebabkan perasaan kita di siksa
dan ada mengatakan ia membahagiakan,
kerna seseorang akan sentisa tersenyum apabila bercinta...
bagi diri ku cinta ini boleh menjadikan manusia kejam dan baik dalam satu2 masa...
tah lah.....
sememangnya cinta sesuatu yang rumit untuk di huraikan...

:- huhu...saje merepek tak tau nak tulis pe......

Thursday, March 24, 2011

emas,ASB, atau simapn je....

baru2 ni dapat tngok ramai sngat mmber2 sbuk wat pelaburan.ade simpan kat ASB, n ade gak wat pelaburan je n baru2 ni ade plak yg menambah nilai harta dengan membeli emas...hrmmmm....... agak2 ye mane satu yg bagi pulangan bagi bnyak eh.????

bila aku g tnye mmber2 n wat kajian nmpaknya semuanya ade baik buruknya.....meh kete tngok satu persatu first ASB....aku tngok mmg bnyak baik ye. iye lah dah comfrm2 kadar kerugian adalah 0. lagi satu kte x yah lah nak sebok2 tgk aliran saham tiap hari sbb ble smapi tarikh pengumuman.kte dah leh tau jmlah die n kte trus keluarkan je nilai dividen kte untuk belanje.tp kurang ye kadar dividen sangat2 lah rendah..

kedua, simpanan lak, kte kerje rajin2..tiap2 bln mmg kita ttp wat simpana dalam bank rm200. cukup 10 tahun kerje dapat lah rm 24,000. wow...banyak ye....kaye2....tp betul ke kaya....korang penah degar x owrng tua2 citer dlu gan 50 sen ciap leh bli nasik lemak sebungkus,air minum & kuih 2 ketu....agak2 sebab pe yek....dapat jawapan x..??? meh sni aku jawab, senang je sebab nye nilai wang kite smakin kecik....skaran kalu nak mkan mcm 2 paling koman mau dkt RM3, 4 rnggit gak kan.....2 lah kurangnya nilai mata wang kita sentiasa berubah-ubah...jd mngkin nilai RM 24,000 10 thun akan cme macam RM10,000 atau mngkin kurang lagi......

ketiga adalah dengan membeli emas...emas merupakan aset yg sentiasa meningkat je kan...x kira lah perang ke atau inflasi...harga emas tetap naik sbb emas merupakan produk anti-inflasi....selain itu emas juga nilainya semakin meningkat...kalau x cya pada zaman dulu dengan 1 dinar kte boleh membeli seekor kambing dan pada zaman sekarang dengan 1 dinar kita tetap boleh membeli kmbing juga......

ni de kira2 yg mmber aku wat meh kita renung2 kan.....



jadi kesimpulannya...x kira lah ape jua pelaburan yg kita buat...kalau dirancng gan penuh teliti pasti akan membuah kan hasil juga akhirnya.....k lah smpai sni je ah ..k salam

Monday, March 21, 2011

kerje......

lame rasenya x menulis kat blog ni.....akhirnya dapat gak menulis...setelah slme smnggu terasa penat yang teramat sngt......................


akhirnya dapat gak ari ni untuk aku rehat sepuasnya setelah lama bekerja......dalam mase 4 ari yang lpas rase nak tercabut kaki pun ade rasenya.....owh lupe nak bagi tau....start ari khamis ari 2aku strt wat part time kerje kat dalam univ. inn,hotel kat dalam uum ni.....sebagai pelayan je ah...mle2 nak start keje ingatkan just layan2 owrng makan je...rupe2 dari pada akat hidang..layan dieowrng mkn...hingga lah smpai basuh pinggan.....peh mmg penat sngat rase......kadang waktu kerje smpai lbh 12 jam pun de.....peh penatnya x leh ckap ah....biase mmg blik mau dkt kul 11 mlam gak.......

2 satu....pas 2  nak tunjuk pnye lah gle....ble je sampai blik aku akan rehat jap pas 2 akan meronda keliling blok laki. jerit "Kebab....kebab....Kebab ayam, kebab daging..!!!!" untuk menjual kebab dri blik ke blik.....bertmbah2 pnt lah jwbnya...... tp alhamdiulillah kebab yang di jual habis...maka ilang lah juga rase pnat sbb duit masyuk......

agak2 nya mmg macam ni agaknya mak abah aku pnya  pntnya bekerje untuk crik duit nak besarkan anak2 die ni......thanks abah mak........

k lah smpai sni jelah........k salam.....

Sunday, March 13, 2011

mari mengurus badan.....= )

Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, aku rasa artikel ni sangat berguna untuk kalian... Baca dan cuba amalkan... Good luck ye! :)


1. JANGAN BERLAPARMakanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKANMinumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARIAir mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGASMinuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAMPengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. AMBIL SARAPAN PAGIAnda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHANNikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECILKunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAHSesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARISimpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.


22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24. PENGGUNAAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-

- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa
tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.



PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSINGBerat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


29. Nak Turunkan Berat BadanSelepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


30. Badan Langsing Selepas BersalinUntuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:-

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina )
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


31. Mengurangkan BuncitBagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


32. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


33. Kempiskan Perut AndaNak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Friday, March 4, 2011

stress......

Alhamdullilah....telah lme x menulis di blog ni pun, akhirnya ade juga kesempatan untuk menulis juga. sebenarnya aku akhir2 ni terlampau sibuk  pelbagai masalh telah berlaku...n serius aku sngat2 tension gan semua ni....setiap hari akan pasti ada saja kerja yang perlu disiapkan dan juga d hantar....hinggalah apa yang di rancang terpaksa di tangguhkan......mmg owrng cakap masa blajar biasalah stress...nanti dah kerje x de lah....tp bila di lihat orng lain yang telah berkerja  sama saja ttp dengan stressnya yang tersendiri.......hingga ada yang snagup bunuh diri bagi berhadapan stress yang terus datang.......urmm sbnrnaya stress x de lah seteruk mana apabila kita tau nak elak taus selesaikannya......



terdetik seketika dalam bayangan otak terpikir alangkah seronoknya kalau ade kat umah.....dapat juga aku lepak kat blakang umah sambil melihat ikan2 berenang gan bebasnya sambil berebut makan makanan daripada yang d bagi.....alangkah tenangnya hidup macam 2.....mngkin betul ape yang owrng ramai katekan malah ahli2 motivasi turut bercakap, yanag mane salah satu cara untuk mengurangkan tekanan atau stress adalah dengan kita medekatkan diri kita sendiri pada alam semesta seperrti melihat alam semula jadi yang penuh keajaipan yang di cipta oleh Allah yang maha esa.....sebabnya dah terbukti dengan melihat telatah ikan itu sndiri diriku mula berasa tenang.......




selain itu juga,salah cara lain bagi aku untuk ilangkan kan stress ade lah dengan makan.....percaya atau x yang dalam makan itu sendiri ade nya zat2 yang boleh ialankan stress...x cye cbe korang tengok ni senarai2 makanan yang aku ckapkan 2:

1. Ayam bakar dan daging

Ia memberikan protein yang baik pada tubuh badan. Ia menghasilkan doparnin dan norepinefrin iaitu sebatian kimia semula jdi di dlm otak untuk mengekelkan kewarasan anda.

2. Kacang badam

Mempunyai khasiat antistres yang luar biasa. Lengkap dengan vitamin B2, vitamin E, magnesium di dlmnya membantu menenangkan dan mengembalikan emosi yg baik. Ia juga menghalang radikal bebas dan serangan jantung. Makan segenggam badam setiap hari untuk kesihatan anda.

3. Bertih jagung

Makan bertih jagung (sumber karbohidrat) untuk membantu mengeluarkan serotin iaitu sebatian kimia di dlm otak yang akan membuat kita berasa lebih tenang sehingga ia membuatkan anda lebih relax.

4. Sushi

Sesiapa pengemar sushi ini ada berita baik. makan sushi mempunyai khasiat pada tubuh badan kita. iaitu Asid pantothenic penting bagi kelenjar adrenalin untuk menguruskan stres tubuh.

5. Coklat

Coklat akan membantu anda menenangkan emosi anda. Ia dipenuhi dengan nadamin dan feniletilamin yang membantu kerja saraf dan membuatkan anda lebih tenang kunun dia bilang.

6. Nenas dan buah berri

Anrioksidan yang terkandung dalam sayuran berwarna cerah membantu melawan radikal bebas dlm tubuh. Ini kerana otak akan menyerap lebih banyak oksigen, maka antioksiden akan membantu mengurangkan kerosakan sel otak disebabkan oksidan yg ada.

7. Ikan

Ikan mempunyai Vitamin B lengkap terutama B6 dan B12 yg diketahui boleh mengurangkan stres. Omega 3 dlm ikan membantu menghalang pertumbuhan hormon kortisol yg boleh menyebabkan stres serta peningkatan tekanan darah.

8. Sayuran hijau

semua sedia maklum sayur hijau amat penting untuk tubuh. Selain membekalkan pelbagai vitamin dan tenaga ia juga boleh menurunkan tahap stres anda dan membolehkan anda berfikir dengan tenang. Makan lah salad secara mentah ia baik untuk kesihatan anda.

9. Roti gandum

Roti, nasi putih atau kuih muih boleh mengenyangkan tetapi kita akan merasa mengantuk dan boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. namun gandum kesan nya lain, selain kenyang ia akan mengurangkan stres yg dialami

10. susu

mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan punca stres anda. Minum susu pada waktu pagi dan malam (sebelum waktu tidur).




ok lah disebabkan masa pun x mengizinkan...Akhir kata "setiap masalah yang timbul,pasti ada hikmahnay,oleh itu kita sebagai manusia berusahalah bagi menyelesaikan setiap masalah itu, kerna setiap masalah yang di lalui akan digunakan sebagai pengalaman untuk hidup di masa2 yang mendatang....hehe...ape aku merepek tah ni.....k lah salam............